Pendosa Tegar
|
Explore the nature
22-12-2013; FRIMDah lama tak update. Berhabuk macam hati aku juga. *bersihkan habuk* Assalamualaikum pada yang membaca. Moga sihat saja dan berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T hendaknya. Semalam, bersama teman-teman ikramteens Gombak mengeskplorasi bumi Tuhan. Indah dan segar. Dah lama tak hiking, kaki cramp. Pengalaman yang sangat best sebab 4 jam berada dalam hutan menikmati keindahan alam. Sepanjang perjalanan, dapat taaruf dengan teman dalam kumpulan. Alhamdulillah, dapat kawan baru. Best sangat sebab dapat share cerita.
Berada di bahagian canopy walk 1000 kaki dari aras laut. Yang sedihnya, tak dapat naik canopy walk tu sebab dah fully booked. Tsk T^T Dapat lalu tepi canopy walk dan bergambar saja. Pun jadi lah daripada tak ada. Hehe. From left; Me, Nurin, Kak Liyana and Ma'alim Munirah.
Lepas daripada canopy walk, kami teruskan perjalanan. Tiba di satu perhentian air terjun, sempat menunaikan solat sunat Dhuha secara berjemaah bersama Kak Liyana. Allahu, the feeling :') Bayangkan, ketika solat kedengaran air terjun yang sangat indah, suasana yang sangat segar dan sejuk. Khusyuk dan nikmat sangat rasa. Moga dapat lagi peluang sebegitu. Mudah-mudahan.
Tiba masa untuk turun, bukit curam amat. Macam biasa, aku sangat over excited so I lead the group masa hiking. Nampak tak betapa gelojohnya --' sampai tertinggal yang lain ke belakang. Ada tu, aku tergelincir. Tapi sikit saja. Tak jatuh gedebuk pun. Malu la kalau jatuh. Situ ada tourist. Hoho
Lepas hiking, ada explorace pula. First clue 'lapar' so of course lah tempat makan. Then, ada satu mainan iaitu angkat kawan yang ringan dengan menggunakan 2 jari telunjuk setiap orang dan aku lah mangsanya. At first, tak rasa yakin diorang boleh but they did well. Mereka kata aku ringan sesangat. Kihkih padahal gemok! Permainan tu nak tengok sama ada kita percaya pada kawan atau pun tidak dan juga nak tengok sama ada kita yakin diri kita boleh ataupun tidak. Second game dekat tempat lain ialah, bowling padang. Yang ni aku failed! Bola tu dia senget (padahal tak reti main) ehehe buat malu saja. Tak apa they love me so strong xx Third place, tepi sungai. Sambil tunggu Bro Zack untuk manage, ada satu family dari Palestin datang dan tanya pada kami. Kebetulan, Ma'alim petah berbahasa arab *jeles* So dia borak dengan orang Palestine tu. Rasa bangga la sebab mereka ambil gambar dengan group kami. Muka semua dah keletihan. So here is another picture of us. Terima kasih pada yang datang. You guys sangat best!! Kaki dah cramp but it was really really fun. Serious talk. Sepanjang perjalanan, gigih hafal doa yang diamanahkan. "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" Ali Imran;91 Ma'assalamah xx |