When Jahiliyyah Meet Hijrah
Pendosa Tegar

Seorang minah tudung labuh yang banyak celoteh

Home About Links
Coretan Pendosa




Listen



Belon Terbang

Seorang lelaki menjalani kehidupannya dengan menjual belon di pesta ria. Dia mempunyai belon pelbagai warna termasuk merah, kuning, biru dan hijau. Apabila perniagaannya lembap, dia akan melepaskan belon yang berisi helium ke udara dan apabila kanak-kanak melihat ia naik tinggi, mereka semua ingin memilikinya.

Mereka datang kepada lelaki itu membeli belon dan perniagaannya maju semula. Pada satu hari, seorang kanak-kanak telah bertanya kepadanya. "Kalau anda melepaskan belon berwarna hitam, bolehkah ia terbang juga?" Terusik dengan perhatian daripada kanak-kanak itu, lelaki tersebut menjawab dengan penuh memahami, "Adik, bukan kerana warna belon tersebut, tetapi apa yang terkandung di dalamnya yang membuatkan ia naik ke atas."




Apa yang menyebabkan belon itu terbang ke atas? Kerana di dalamnya ada gas 'helium'.
Bolehlah kita ibaratkan helium di dalam belon itu, sama seperti taqwa dalam diri seseorang. Ia mampu terbang tinggi sebab apa yang ada di dalamnya, bukan apa yang ada diluar. Kita juga mampu 'terbang' setinggi itu jika hati kita diisi dengan helium taqwa. Taqwa adalah kekuatan dalaman yang maha hebat lagi unik. Ledakannya mampu mengukir sejarah baru dunia. Taqwa lebih hebat dari tenaga batin, bahkan lebih power dari 'aura'.

Remaja yang luar biasa tidak hanya menjadikan amalan ketaqwaan itu sekadar 'part time' dalam hidupnya saja. Tapi amal ibadahnya itu menjadi darah dagingnya hingga 'full time' dengannya, malah sanggup 'over time' dengan amal-amal yang menjadikannya insan yang hebat.

Hidup yang berkualiti bermula dari hati. Hati yang suci bersih. Bila mana hati kita bersih, maka seluruh hidup kita akan bersih dari segala sifat-sifat negatif. Bagaimana ingin mendapatkan hati yang begitu? Mulakan segalanya dengan memperbaiki hati kita. Kerana apa? Rasulullah S.A.W pernah bersabda "Dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika baik ia, maka baiklah seluruh jasadnya, jika rosak ia, maka rosaklah seluruh jasadnya, itulah ia HATI"