When Jahiliyyah Meet Hijrah
Pendosa Tegar

Seorang minah tudung labuh yang banyak celoteh

Home About Links
Coretan Pendosa




Listen



Explore the nature
22-12-2013; FRIM

Dah lama tak update. Berhabuk macam hati aku juga. *bersihkan habuk*
Assalamualaikum pada yang membaca. Moga sihat saja dan berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T hendaknya.

Semalam, bersama teman-teman ikramteens Gombak mengeskplorasi bumi Tuhan. Indah dan segar.
Dah lama tak hiking, kaki cramp. Pengalaman yang sangat best sebab 4 jam berada dalam hutan menikmati keindahan alam. Sepanjang perjalanan, dapat taaruf dengan teman dalam kumpulan. Alhamdulillah, dapat kawan baru. Best sangat sebab dapat share cerita.


Berada di bahagian canopy walk 1000 kaki dari aras laut. Yang sedihnya, tak dapat naik canopy walk tu sebab dah fully booked. Tsk T^T Dapat lalu tepi canopy walk dan bergambar saja. Pun jadi lah daripada tak ada. Hehe. From left; Me, Nurin, Kak Liyana and Ma'alim Munirah.

Lepas daripada canopy walk, kami teruskan perjalanan. Tiba di satu perhentian air terjun, sempat menunaikan solat sunat Dhuha secara berjemaah bersama Kak Liyana. Allahu, the feeling :') Bayangkan, ketika solat kedengaran air terjun yang sangat indah, suasana yang sangat segar dan sejuk. Khusyuk dan nikmat sangat rasa. Moga dapat lagi peluang sebegitu. Mudah-mudahan.

Tiba masa untuk turun, bukit curam amat. Macam biasa, aku sangat over excited so I lead the group masa hiking. Nampak tak betapa gelojohnya --' sampai tertinggal yang lain ke belakang. Ada tu, aku tergelincir. Tapi sikit saja. Tak jatuh gedebuk pun. Malu la kalau jatuh. Situ ada tourist. Hoho


Err maaf. Malas nak rotate. Rasa nak terjun tapi apakan daya. Jihad mesti diteruskan.

Lepas hiking, ada explorace pula. First clue 'lapar' so of course lah tempat makan. Then, ada satu mainan iaitu angkat kawan yang ringan dengan menggunakan 2 jari telunjuk setiap orang dan aku lah mangsanya.
At first, tak rasa yakin diorang boleh but they did well. Mereka kata aku ringan sesangat. Kihkih padahal gemok! Permainan tu nak tengok sama ada kita percaya pada kawan atau pun tidak dan juga nak tengok sama ada kita yakin diri kita boleh ataupun tidak.

Second game dekat tempat lain ialah, bowling padang. Yang ni aku failed! Bola tu dia senget (padahal tak reti main) ehehe buat malu saja. Tak apa they love me so strong xx

Third place, tepi sungai. Sambil tunggu Bro Zack untuk manage, ada satu family dari Palestin datang dan tanya pada kami. Kebetulan, Ma'alim petah berbahasa arab *jeles* So dia borak dengan orang Palestine tu. Rasa bangga la sebab mereka ambil gambar dengan group kami.

Muka semua dah keletihan. So here is another picture of us.




Terima kasih pada yang datang. You guys sangat best!!  Kaki dah cramp but it was really really fun. Serious talk.

Sepanjang perjalanan, gigih hafal doa yang diamanahkan.

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" Ali Imran;91

Ma'assalamah xx

Aku melangkah dengan izin-Nya


Tiada kata sebelum mengeksplorasi diri selain niat kerana Ilahi dan perkongsian isi di dalam blog si pendosa ini. Melangkah dari satu tapak ke satu tapak. Dari meniarap beralih ke merangkak seterusnya berjalan dan kini berlari kononnya nak kejar duniawi yang tidak hakiki.

Contengan idea yang entah dari mana. Kadangnya, tika duduk sendirian sambil muhasabah diri yang dosanya setinggi gunung seluas lautan ini, datangnya bait-bait kata. Kadang kala kata-kata semangat muncul dan kadang kala kata-kata semangat itu musnah dek hasutan dan godaan halus makhluk yang dicipta dari api.

Hidup memang begini.

Kata orang, ianya lumrah. Tapi bagi si pendosa ini, ianya perjalanan yang perlu kita ekori. Hidup punya 'signboard'. Itu dikira panduan hatta pendorong tika sesat.

Alhamdulillah, hidup makin maju ke hadapan. Tiada lagi mundur. Hidup yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah ini memang indah. Manisnya lagi apabila bersama rakan-rakan yang saling memberi sokongan. Ukhwah sampai Syurga itu satu impian besar. Terjalinnya ukhwah semuanya dengan izin Allah. Meninggalkan zaman Jahiliyyah dan melangkah setapak untuk berhijrah sememangnya memberi kesan kepada pendosa.

Kehilangan sahabat lama sudah semestinya pahit untuk ditelan apatah lagi mengimbau kembali kenangan yang tidak ada jeriji. Rindu kesemuanya. Ingin bertentang mata sekali lagi. Lutut bertemu lutut.

Segala yang tertulis dalam pengisian laman ini adalah kerana Dia. Dengan izin-Nya, si pendosa ini dapat berkongsi cerita yang datangnya dari Maha Esa kepada si pendosa untuk dicoretkan. Reda-Nya yang diharapkan. Lillahi taala yang disematkan.

Aku melangkah dengan izin-Nya
Moga Allah reda

Belon Terbang

Seorang lelaki menjalani kehidupannya dengan menjual belon di pesta ria. Dia mempunyai belon pelbagai warna termasuk merah, kuning, biru dan hijau. Apabila perniagaannya lembap, dia akan melepaskan belon yang berisi helium ke udara dan apabila kanak-kanak melihat ia naik tinggi, mereka semua ingin memilikinya.

Mereka datang kepada lelaki itu membeli belon dan perniagaannya maju semula. Pada satu hari, seorang kanak-kanak telah bertanya kepadanya. "Kalau anda melepaskan belon berwarna hitam, bolehkah ia terbang juga?" Terusik dengan perhatian daripada kanak-kanak itu, lelaki tersebut menjawab dengan penuh memahami, "Adik, bukan kerana warna belon tersebut, tetapi apa yang terkandung di dalamnya yang membuatkan ia naik ke atas."




Apa yang menyebabkan belon itu terbang ke atas? Kerana di dalamnya ada gas 'helium'.
Bolehlah kita ibaratkan helium di dalam belon itu, sama seperti taqwa dalam diri seseorang. Ia mampu terbang tinggi sebab apa yang ada di dalamnya, bukan apa yang ada diluar. Kita juga mampu 'terbang' setinggi itu jika hati kita diisi dengan helium taqwa. Taqwa adalah kekuatan dalaman yang maha hebat lagi unik. Ledakannya mampu mengukir sejarah baru dunia. Taqwa lebih hebat dari tenaga batin, bahkan lebih power dari 'aura'.

Remaja yang luar biasa tidak hanya menjadikan amalan ketaqwaan itu sekadar 'part time' dalam hidupnya saja. Tapi amal ibadahnya itu menjadi darah dagingnya hingga 'full time' dengannya, malah sanggup 'over time' dengan amal-amal yang menjadikannya insan yang hebat.

Hidup yang berkualiti bermula dari hati. Hati yang suci bersih. Bila mana hati kita bersih, maka seluruh hidup kita akan bersih dari segala sifat-sifat negatif. Bagaimana ingin mendapatkan hati yang begitu? Mulakan segalanya dengan memperbaiki hati kita. Kerana apa? Rasulullah S.A.W pernah bersabda "Dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika baik ia, maka baiklah seluruh jasadnya, jika rosak ia, maka rosaklah seluruh jasadnya, itulah ia HATI"